Monday, August 30, 2010

Haziqah


argh....tarik nafas...

puuhhhh!!hembus kuat-kuat


sangat suke nengok iklan dan cd lagunya :)
suke buat mimik muke...

Thursday, August 26, 2010

Spot check!!


haziqah makin aktif :)
~Ye..semakin aktif....
Satu perkembangan yang amat bagus bagi baby yang berusia 8 bulan..

Haziqah mula meniarap pada usia 3 bulan dan sehingga kini beliau aktif meniarap..
Sekarang sudah mula merangkak tapi cuma beberapa langkah kedepan kemudian mengundur ke belakang..
Macamana tue??
Selebihnya Haziqah gemar buat 'eksyen' macam nak merangkak tapi tak pon..huhuhu..
Perkembangan terbaru beliau sudah pandai berpaut untuk berdiri...
Alahai...merangkak tak pass lagik..dah mula nak berdiri ke sayang ek..

Sentiasa diawasi takut terjatuh :)
Buat spot check dulu!!
~semoga Haziqah membesar dengan cergas dan sihat :)

Fesyen Lebaran..

Si kecik yang comel nie adalah Nur Ikhlil Haziqah..
Gambar diambil ketika ber'shopping' di Mydin Kuantan :)

Bantu beliau memilih aksesori untuk Syawal yang bakal tiba..
Yang mane erk..sesuai dengan saya??
me in orange :)

biru chantik jugak...
ke yang ni???ahaks..hensem tak saya?? hihi

Monday, August 23, 2010

Salam

Salam sejahtera dan Selamat Pagi...
Dengan rasminya..blog ini menjadi blog kedua saya bertujuan untuk berkongsi pelbagai info yang berguna kepada awak semua:)
Apa yang perlu awak semua tahu tentang saya??

~Saya seorang penganggur kelas atasan..hahaha..So, banyak lah masa terluang :p
I'Allah..saya akan update blog ini agar tidak ditumbuhi sawang labah-labah...:p

~Saya seorang yang suka membaca :)
Oleh itu..saya tidak teragak-agak untuk berkongsi apa sahaja bahan bacaan saya...:)

~Saya suka memasak :) (Sebenarnya..saya tiada kerja so kena lah masak..hihi... )
Sebetulnya..saya tidak tahu memasak..Baru sahaja mempelajarinya dan sekarang nie..sangat rajin
menjenguk semua blog masakan untuk  mencuba semua resepi..chewah :)

~Saya suka ber'blogging' :) Sebab??
.::. Sharing is Loving .::.

~okey laa..itu saja maklumat untuk perasmian blog baru nie..hehehe..